♥ LOcal TiMe aNd Date ♥

Sunday, November 09, 2008

Asal nama Elektrik

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang


Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!
1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai
3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais
4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki
5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik
6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol
7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?
8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah
9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?
10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu



ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum
2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah
3) MILO AIS
4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
6) Semut yang matanya BENGKAK
7) Motorsikal......sebab dia pakai tongkat
8) Panjat pokok kelapa
9) Kambing binATANG
10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Lalat Lebih Mengetahui



BAHAYA MAKAN IKAN! Sebarkan*

Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam.... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu?

Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih 'fresh', keras Dan segar bila sampai ke distinasinya.

Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih 'embalm'. Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang... Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar...

Adacaranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin... Kerana .. Lalat lebih mengetahui.

Saturday, November 08, 2008

Kalau bosan keja....Kita jawab teka-teki dulu ya...Release tension...

Teka-teki:
Hitam dan berpeluh..HA.. . Ape2??
Jawapan :Semut hitam tengah berjogging..huhuhu

Teka-teki :Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung
Jawapan :Seluar dalam ler...haha

Teka-teki :Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satuyang paling tinggi?Jawapan :Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuihlepat sampai lelangit.

Teka-teki : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?
Jawapan :Kotak penaltilah.. ... wawawa!

Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???Teka..teka.. kalo terer!Jawapan :Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ...hue!!

Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan :Koboi naik kuda bawak sekor ayam.

Teka-teki :Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...
Jawapan :Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'

Teka-teki :Scorpion kaler apa?
Jawapan :Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki :Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :Kerani

Teka-teki :Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depandia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki :4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??Jawapan :Sebab tak hujan...aduhai!

Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh.. semoga terhibur

Siapa Sayang Ibu(beginikah menilainya?)

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 'Saya Sayangkan Ibu'. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.