♥ LOcal TiMe aNd Date ♥

Saturday, November 08, 2008

Kalau bosan keja....Kita jawab teka-teki dulu ya...Release tension...

Teka-teki:
Hitam dan berpeluh..HA.. . Ape2??
Jawapan :Semut hitam tengah berjogging..huhuhu

Teka-teki :Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung
Jawapan :Seluar dalam ler...haha

Teka-teki :Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satuyang paling tinggi?Jawapan :Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuihlepat sampai lelangit.

Teka-teki : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?
Jawapan :Kotak penaltilah.. ... wawawa!

Teka-teki :Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???Teka..teka.. kalo terer!Jawapan :Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ...hue!!

Teka-teki :3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan :Koboi naik kuda bawak sekor ayam.

Teka-teki :Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...
Jawapan :Lilin masa sambut 'EPI BESDAY'

Teka-teki :Scorpion kaler apa?
Jawapan :Kala jengking lah..senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki :Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???
Jawapan :Kerani

Teka-teki :Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depandia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan :Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki :4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??Jawapan :Sebab tak hujan...aduhai!

Dahlah malaslah nak tanya lagi...soalan bebudak pun takleh nak jawab!! Hampeh.. semoga terhibur

Siapa Sayang Ibu(beginikah menilainya?)

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 'Saya Sayangkan Ibu'. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Kasih seorang Ibu


Kasih Seorang Ibu...

"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak.

Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran.

Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..


"Saya Sayang Ibu"
Biar susah, jangan menyusahkan..

Thursday, November 06, 2008

Menunaikan Ibadah Haji 13.11.2008


Selamat menunaikan ibadah Haji kepada seluruh umat islam di dalam dan di luar negeri. semoga ibadah haji kamu di terima oleh Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Amin..


Kepada ibu dan abang saya yang hendak menunaikan haji pada 13.11.2008 iaitu kapal pertama semoga perjalanan haji abiskita berjalan dengan lancar dan selamat!Amin..

Obama wins for the election on becoming the president of United State.

In July 2004, Barack Obama burst onto the political scene with an electrifying speech at the Democratic National Convention. Months later, he won an Illinois seat in the U.S. Senate and became the nation's only African-American U.S. senator.Newsweek magazine calls Senator Obama "a political phenomenon unlike any previously seen on the American scene." Since being elected, Senator Obama has been on the cover of Vogue magazine and won a Grammy® for best spoken word album. He even has a beer named after him!Life wasn't always so blessed for Senator Obama. As the son of a white mother from Wichita, Kansas, and a black father from Kenya, he faced many challenges as a child. He lived in Indonesia, Hawaii, New York and Chicago before heading to Boston to attend Harvard Law School. After law school, he moved back to Chicago to become a civil rights attorney, community activist and an Illinois State Senator.