♥ LOcal TiMe aNd Date ♥

Saturday, November 15, 2008

Kisah Seorang Jejaka dengan Telinganya..

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi
walaupun cacat diaberjawatan tinggi di sebuah bank.
Dia sangat marah kalu ada orang yang
mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru
dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai
penampilan yang baik.

Diakhir temuduga,Johan bertanya satu soalan
kepada lelaki itu. 'Awak nampak tak sesuatu yang
ganjil pada saya?

' 'Ya, tapi minta maaf kalau saya kata
tuan tak ada telinga, macam ayam'jawab lelaki itu
dengan jujur. Merasa terhina dengan jawapan itu,
Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang
berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun.
Dia lebih baik dari calon pertama tadi.

Di akhir sesi temuduga,
Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada
calon pertama.'Awak nampak tak sesuatu yang ganjil
pada saya?' 'Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh
mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk
jauh dari saya.'puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari
perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.

Calon terakhir adalah yang terbaik,walaupun
masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun
di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

'Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?
' 'Ya. Awak pakai contact lens,' jawab pemuda itu
menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan
pemuda itu.Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan
dapat melihatnya memakai contact lens
walaupun mereka duduk agak jauh.

'Bagaimana awak tau' tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi
menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga
jatuh terguling-guling sambil berkata,'

Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan
tak ada telinga, nak sangkut kat mana'.

Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!

0 comments: