Suatu pagi seorang anak yang baru masuk
sekolah primary bertanya kepada daddynya,
sekolah primary bertanya kepada daddynya,
'Daddy.daddy. ...sex tu apa, daddy..?'
Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang
arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan
manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak
yang masih kecil. Sesuai dengan konsep
pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan,
mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai
dengan harapan anaknya takkan tertinggal
dalam arus pendidikan moden.
Maka si ayah pun memberikan jawapan secara
mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang
menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas,
diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.
Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah
menyelitkan pula kisah percintaan antara dia
dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah
lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi
comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba
si anak menangis teresak-esak. Si ayah
kehairanan.
'Eh kenapa ni?'
Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih
juga menangis.
'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat
nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang
tulis, waaaaa!!!!'
Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan
Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.... .
NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL: ............ ....... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....
0 comments:
Post a Comment